Monday, 8 September 2014

Luahan si Miskin




Bila dah kaya
Semua benda boleh minat.



Orang lain pun ramai yang suka
Tapi tak berduit.








Perhentian Island,57th Merdeka Celeb.

Peranan Siapa Sebenarnya?

di kaki lima jalan menuju ke Maqam Saidina Hussein,Egypt
   

    Menyertai satu program bersama alumni Mesir.Satu persolan tipikal diutarakan.Meskipun ratusan atau ribuna saya kira lulusan/graduan Mesir yang kembali ke Malaysia setiap tahun,namun,biah di Malaysia masih sama dan tidak berubah.




1.Vandalisme
2.Penagihan dadah.
Maklumat yang baru dapat.Pil kuda itu methamphetamine rupanya.
3.Ponteng
4.Rogol
5.Pembuangan zuriat

Top 5.Bila aku renung remaja-remaja di sekeliling aku,seolah-olah aku mendapat bayangan awal (That's so Raven sangat ni) apalah kesudahan mereka ini nanti.Apa hala tuju nanti.Mereka ni yang nak jadi harapan bangsa pegang negara?OHH.



    Apa sebab graduan-graduan Mesir ini tadi gagal mempengaruhi mereka?Aku setuju dengan pandangan daripada panel.Lulusan tanah para Nabi ini ada malah hidup dalam masyarakat namun mereka tidak memberi kesan kepada masyarakat.Mereka hanya memikirkan kesenangan hidup mereka.Kenapa?Kerana ilmu yang mereka ada tidak mampu mengubah diri mereka sendiri.Pedulikan hal nak dakwah orang.Mereka sendiri tidak terkesan dengan ilmu yang ada dalam dada mereka.


     Dan aku juga bakal menjadi salah seorang mereka.Semoga terus kuat.Kataku,musibah yang menimpa ummah ialah muhasabah kepada para pendakwah.




Menjadi Ibu Bapa Hari Esok

     Rasanya sejak zaman darjah 1 sampai sekarang,aku sentiasa menantikan hari Khamis.Esoknya ialah Jumaat dan lusanya ialah Sabtu.Cuti dari sekolah.Kelas tuisyen masih berjalan lancar ye.Inilah peluang aku untuk menambah circle of friends daripada kaum majmuk di Malaysia ini di samping mengukuhkan lagi pemahaman dan penguasaan aku terhadap subjek-subjek yang dipelajari seminggu ini.Juga merupakan peluang untuk bersama-sama dengan ibu bapa tercinta bersantai di rumah atau menziarahi saudara-mara (di hospital,oh suka! )



     Melihatkan aku sekarang yang dah berusia 21 tahun,masih menantikan hari Khamis bukanlah satu perkara yang boleh dikira lucu.Cuti-cuti di Malaysia hanyalah 3 bulan (untuk senang kira).Maka,aku menghabiskan masa 9 bulan di Egypt untuk belajar.


25% di Malaysia.
75% di Egypt.


    Ohoii...inilah peratus setahun-tahun aku.Insya'allah 3 tahun lagi untuk ditempuhi.Seksanya menunggu hari Khamis itu berkunjung tiba.Aku suka apabila aku pulang dan dapat menghabiskan masa dengan ibu bapaku.Rasa seolah-olah kepulangan yang dirai selain dapat catch up balik apa yang terlepas.Walaupun takde la sangat yang tertinggal tuh.Terima kasih teknologi yang dicipta tanpa sempadan.


     Hari Ahad sampai hari Khamis,ibu bapaku akan pulang ke rumah sekitar jam 6 petang.Mereka bertolak ke pejabat sekitar jam 7 pagi.Balik sahaja mereka sudah kepenatan maka disusuli dengan solat,sedikit makan malam dan tidur.Aktiviti berbual yang sangat minimum .My parents are government servant.Aku jadi terfikir banyak perkara seperti bagaimana aku akan meluangkan masa dengan anak-anakku kelak.




---> Adakah selepas belajar di Universiti baru dapat mengecapi gol quality time dengan mereka?
---> Sesuaikah bidang aku ini nanti?
---> Fleksibel kah masa aku kelak?


    Aku tidak pernah pulang lewat dari kelas tuisyen.Aku tidak pernah terlepas-lepas mana-mana aktiviti sekolah.Aku tidak pernah tidak menghadiri majlis penyampaian hadiah.Pendek kata,mereka sentiasa ada untukku.Hah.Ini baru masalah yang lahir daripada kekangan waktu aku.Bukan daripada anakku dan sekitarnya.Membesarkan generasi X,Y dan Z dengan acuan agama Islam semestinya satu cabaran besar agar didikan yang diterima memang sebenar-benar dapat diimplimentasi dalam diri mereka.


     Berkesempatan ke rumah kawan baikku sejak di sekolah rendah.Rumahnya sangat besar.Namun ruang di dalamnya sangat sempit.Kamar tidurnya muat-muat sahaja.Aku melihat ramai ibu bapa hari ini jenis yang tidak berfikiran panjang.Seolah-olah setelah selesai perkahwinan,kehidupan baru yang bakal dibina betul-betul akan bergantung akan intelektualisme untuk hidup.Aku sedar ramai pasangan baharu akan lebih memilih untuk tinggal sendiri (lebih berdikari) berbanding tinggal di rumah ibu bapa.Walhal nilai rumah hari ini sangat tinggi.Rumah semi D sahaja mencecah RM 500K.Itu belum banglo.Hanya mampu tinggal di rumah sewa.Wang gaji sahaja cukup-cukup makan.Parents yang ideal boleh memandang jauh nasib anak-anak mereka sekaligus menyediakan kemudahan bagi anak-anak mereka memulakan hidup baru nanti.


     Inilah kita kelak.Tidak punya lagi tanah untuk diwariskan kepada cucu-cicit kita.



evening stroll selepas puas study di National Garden Egypt.Jiran je dengan rumah sewa.